Friday, March 13, 2009

In Gloom

Jokes and laughter
make no sense to me anymore,
Cause' there's a poisonous pain
seeping deep into my core.

Holier-than-thou, I'm surely not,
But your sins torture my soul,
You lured me down into a deep dark hole
and left me there to die, to rot...

Thursday, November 27, 2008

Blast From the Past




There's a thread in MK forum, created for sharing old pictures of ourselves (within our circle of trust). Post a pic and wait for friends to comment on how cute, different, fat, funny, hideous, etc you used to be.

Well, I've been wanting to share my pics for quite sometime now. After a long period procrastination and endless reasons for not doing it, I finally whipped out my mobile (with camera) and captured a few of pictures of my younger days straight from the album.

The quality is bad, but hey, it's better than nothing, right?

Tuesday, October 21, 2008

Pussy...


Huh, lama betul tak update blog ni. Kalo blog ni tak berada di alam 'virtual', dah tentu dah berhabuk dah pasal tak berusik. Raya pun aku tak wish di sini, dah dekat nak abis pun.

Okaylah, sebagai entry pertama untuk bulan syawal ni terimalah hasil cakaran terbaru aku...

Tuesday, September 23, 2008

Kenapa aku tak puasa....Part 3

"Kau kata puasa tu menyusahkan! Aku duduk sebelah kau masa tu!"

Jika ayat itulah yang menjadi asas kepada kemarahan mu maka, Iya, hampir benarlah kepada apa yang aku katakan.

Namun, jika aku tidak tersilap, aku juga ada meyelitkan perkataan 'macam' ke dalam baris ayat tersebut.

"....saya rasa puasa macam menyusahkan..."

Dan, dengan selitan itu juga aku tidak bermaksud secara langsung bahawa amalan puasa itu perkara yang menyusahkan secara negatif.

note: Pada pemahaman aku dari segi bahasa, penggunaan perkataan 'macam' secara kolokialnya, di dalam percakapan harian kita selalunya adalah untuk menggambarkan sesuatu persamaan yang hampir namun tidak selalunya tepat.

contoh: Rasa daging ular macam ayam. Maksud: Rasa daging ular hampir menyerupai daging ayam namun ia bukan daging ayam tetapi daging ular.

begitulah juga apa yang aku maksudkan.

Kata orang-orang tua, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'. Namun aku rasa adalah tidak adil jika lajaknya kata-kata ku itu dikeluarkan dari konteks sebenar dan dijadikan senjata semata-mata untuk memuaskan nafsu amarah.

Benar aku bersalah. Tetapi di dalam konteks perbualan tempoh hari, kesalahan ku hanyalah tersilap memilih sudut penerangan mengenai gambaran sebenar pandanganku dan mempersembahkannya dengan buruk sekali (bad choice of words).

Jawapan yang lebih mudah dan jelas yang sepatutnya yang aku berikan adalah seperti berikut:

"Kenapa tak puasa?"

"Kerana aku tiada niat untuk berbuat demikian. Apa gunanya puasa jika kita tiada rasa untuk melakukannya in the first place. Sedangkan rukun pertama puasa itu adalah niat."

“Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebaikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.” (Quran, Surah Al-Baqarah 158).


Dan jika ditanya lagi, "Kenapa boleh takde niat pulak? Kenapa kau boleh rasa tak nak berpuasa pula?"

"Kerana aku rasa susah dan aku tidak mahu rasakan kesusahan itu. Aku tidak mahu rasa kesusahan itu menjadi perasaan yang menyusahkan."

"Apa yang susahnya puasa tu? Kau kata kau dulu puasa?"

"Susah yang aku maksudkan di sini adalah perbuatan menahan diri dari makan dan minum serta beberapa perbuatan lain (mongorek rongga terbuka, mengumpat, marah...you know the rest) di siang hari dan pada masa yang sama meneruskan kegiatan-kegiatan harian seperti biasa."

Dan jika soalan sebegini timbul, "Oh, puasa susah, kalau macam tuh puasa tu menyusahkan kau la? Sembahyang tuh menyusahkan la? Mana boleh ko cakap macam tu, Islam tu kan mudah!"

"Jika kita letakkannya di dalam konteks perbandingan yang logik dan rasional saya akan berkata, ya."

Perbandingan logik mudah:

1) Berkerja keras di siang dan bila rasa penat kita makan dan minum.

2) Berkerja keras di siang hari tetapi bila rasa penat kita tak boleh makan dan minum.

Mana satu lebih mudah dan mana satu yang lebih menyusahkan?

Tepuk dada tanya selera yang logik.

Apa yang dimaksudkan susah adalah amalan itu. Islam itu susah. Kalau senang kenapa semua orang tak masuk je Islam?

Susah kerana setiap amalan itu ada peraturan atau rukun. Mana boleh main belasah je. Sembahyang pun ada 13 rukun yang dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan tertib. Nak sembahyang cara senang bakar colok jelah. itukan lagi senang. Tak menyusahkan nak kena ambik air sembahyang, nak kena cari kiblat dan nak kena tunggu masuk waktu serta melakukannya 5 waktu sehari semalam. Tapi itu bukan cara sembahyang yang dituntut dalam islam.

Namun, kesusahan itu adalah perlu dan telah sengaja ditetapkan oleh Allah kerana dari amalan yang menyusahkan itulah timbullah pengajaran dan maksud tersirat yang ingin disampaikan. Pengisian sebenar sesuatu amalan itu. The substance of it all. Dan daripada pengisian inilah kita akan mendapat keberkatan untuk dunia dan akhirat.

So, kalau aku puasa sekalipun tapi aku tidak mahu kesusahan ini dengan melakukan perkara yang mengelak kesusahan ini seperti tidur sepanjang hari, aku akan end up hanya berlapar dan berhaus tetapi mendapat pengisian penuh berkat amalan itu. Samalah juga kalau aku berpuasa tapi tak jaga mata, mulut dan telinga.

Ia macam makan buah yang kita buang isinya dan hanya ambil kulitnya sahaja.

Jadi marilah kita tanya diri sendiri, adakah kita nak makan isi buah tu atau kulitnya? Which the first? Putting the cart first or the horse first? Which is substance and which is form? And which must we put over?

Dan, Islam itu sememangnya mudah tetapi bukan untuk diambil mudah.

Kalau setakat tonggeng terbalik sembahyang 5 waktu tetapi tidak menghayati pengisian disebalik amalan itu iaitu (bluntly) untuk merasa rendah diri kerana Allah Maha Besar dan tuhan sekalian alam, hanya kepadanya kita meminta dan hanya kepada dia kita berserah. Ini adalah sebagian daripada pengisian (pengajaran) sembahyang, ada banyak lagi, cuma terpulang kepada kita untuk mengambilnya atau tidak dan jadikannya sebagai pedoman.

Kalau kita buat hanya semata-mata kerana buat, tetapi tidak mengambil apa yang terkandung di dalam amalan itu maka itu bukan menunjukkan yang islam itu mudah tetapi mengambil mudah Islam.

"Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran" Quran, Surah Al-Ankabut : 45

Ia memudahkan apa yang menyusahkan.

Contohnya, jika kita hendak sembahyang tetapi takde air untuk berwuduk, kita boleh gunakan debu dan bertayamum.

Kalau kita di dalam perjalanan jauh, kita dikira sebagai bermusafir. Di dalam perjalanan kita mungkin menemui kesukaran untuk melakukan solat. Islam telah memudahkan amalan itu dengan membolehkan umatnya melakukan solat jama' dan qada'.

Begitulah sedikit sebanyak pendapat aku yang sebenar yang ingin aku sampaikan.

Islam itu adalah umpama sehelai pakaian. Pakai yang putih dan bersih serta telah dijanjikan keberkatannya. Dan, iman itu adalah umpama orang yang memakai pakaian itu.

Bagaimana hendak menjamin pakaian itu terus kekal putih dan bersih terpulanglah kepada si pemakai itu menjaganya.

Aku melihat diri aku ini sebagai seorang pelajar yang tidak akan tamat pembelajarannya. Senantiasa mencari jawapan dan ilmu di universiti yang kita panggil sebagai kehidupan. Bergurukan keluarga, teman-teman, sahabat handai, dan seluruh umat manusia, aku berharap untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu sebanyak yang mungkin.

Insyaallah, aku amat berharap agar suatu hari nanti aku akan dimasukkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

“Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang berjaya” Quran, Surah Ali Imran : 103 - 104

Kenapa aku tak puasa....Part 2

"Dah-dah, tak payah ko explain lagi...lagi ko explain lagi aku marah!"

Sekali lagi perbincangan tamat secara tergantung...

Rupa-rupanya aku sudah pun dihakimi dan diputuskan keputusannya sebelum aku dapat mempertahankan diri. Tidak seperti mahkamah biasa, tiada rayuan mahu pun perbicaraan semula untuk aku. Apa yang ada hanyalah hukuman yang harus aku lalui.

Kecewa, pedih dan sedih melanda hati aku...

Aku faham niat mereka yang ingin membimbing, ingin menolong dan ingin saling melindungi.

Tapi mengapa harus ada perasaan marah? Mengapa harus ada perasaan benci?

Jika ingin menolong atau membetulkan bukan benci yang perlu ada di dalam hati. Tapi rasa kasih dan ikhlas. Itulah sejujurnya perasaan yang patut ada jika niat itu adalah demi membantu menjadikan aku insan yang lebih baik.

Mengapa harus ada herdikan, suara yang tinggi dan intimidation di dalam perbincangan yang bertujuan mencari kebenaran?

Kenapa marah?

Adakah kerana aku tidak faham apa yang ingin kau sampaikan?

Rasanya aku faham.

Kau menekankan kata-kata aku tempoh hari. Kau lihat itu sebagai dasar utama kepada pendangan aku tempoh hari. Aku telah terpesong. Aku telah menghina agama yang kau anuti dan juga aku. Dan dari kata-kata itu juga kau melihat aku sebagai seorang yang jahil dan telah sesat.

Kau ingin sampaikan kepada aku bahawa pandangan aku itu adalah salah sama sekali. Kau ingin aku supaya kembali ke jalan yang benar. Kau mahu aku belajar dan sedari kesalahan aku. Kau mahu aku lihat apa yang kau lihat.

Aku terima. Aku faham. Aku setuju dan benarkan apa yang ingin kau sampaikan.

Kalau aku dah terima, faham dan setuju dengan apa yang ingin ko sampaikan tapi kenapa pula kau masih marah?

Adakah kerana pendapat kita berbeza?

Kenapa pula pendapat kita tidak boleh berbeza? Apakah bezanya pendapat kita? Jika kau yakin bahawa Islam itu adalah jalan yang terbaik dan sempurna. Aku juga berpendapat yang sama. Kan sama tuh. Aku rasa itulah isi utama atau substance kepada pendapat dan pegangan kita bersama.

Cuma yang berbeza adalah mungkin kulitnya atau form.

Namun, kau masih marah lagi. Kenapa?

Adakah kerana pendapat aku? Adakah kerana kau tidak faham di mana letaknya rasional pemikiran aku?

Macam mana hendak kau faham jika kau tidak dapat ke semua isinya?

Macam mana hendak kau dapat ke semua isinya jika kau telah telah menutup telinga dan hati terlebih dahulu?

Bagaimana hendak kau faham jika kau katakan dirimu itu terbuka kepada semua tetapi tidak kepada yang tidak sehaluan dengan mu?

Manakah keadilannya yang kau war-warkan selama ini?

Jika tiada yang ingin mendengar biarlah blog ini saja menjadi tempat aku meluahkan pendapat aku ini.

Jika kau katakan aku sesat, iya, sememangnya benar aku sedang sesat. Jika kau katakan aku bukan Islam, maka aku turut bersetuju kerana tiadalah lengkap rukun (Islam) peganganku.

Namun...

Aku juga akan menambah bahawa semua ini hanyalah benar buat waktu ini.

Aku tidak ingin sesat selamanya.

Walaupun aku sesat aku masih berpegang teguh kepada kompas yang membantu aku mengharungi perjalan ini dan kembali ke jalan yang benar.

Kompas yang aku maksudkan adalah iman yang sentiasa menunjuk arah ke landasan islam.

Walaupun rukunku tidak lengkap namun aku masih berpegang dan yakin bahawa rukun islam yang pertama (dua kalimah syahadat) tidak hilang dalam diri ini.

Walaupun nampak mudah, tapi inilah asas yang aku sediakan demi membentukan diri ini menjadi seorang muslim yang lengkap .

“Orang-orang yang menginfakkan hartanya baik di waktu lapang maupun di waktu sempit dan orang-orang yang mampu menahan amarah serta pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik.” (Quran, Surah Ali-Imran 134).

Bersambung...

Kenapa aku tak puasa....Part 1

Jumaat lepas, sedang aku dan beberapa rakan lain menjamu juadah berbuka puasa di sebuah restoran, aku telah berikan satu soalan cepumas...

"Hey Wan, cakap betul-betul la, ko bila nak reti belajar puasa? Sampai bila ko nak jadi macam ni?" (Lebih kurang camtu le bunyiknye...)

Dengar jujur dan ikhlas aku menjawab...

"Eh...saya reti puasa la bang, dari umur 9 tahun sampai la 2-3 tahun lepas mesti puasa penuh. Cuma 2-3 tahun ni je... There's something in me...spiritual reasons..." (pun lebih kurang camtu gak le bunyinye).

"Ok, apa reasonnya...apa yang spiritual sangat..."

"Saya rasa something not right, entah...macam puasa ni beban...macam menyusahkan...banyak benda takleh buat...macam..."

Tiba-tiba nada yang lebih tegang, penerangan aku dipotong...

"Eh...wait...wait... apa ko cakap ni? Abang bukanlah padai sangat agama ni, tapi ko cuba cakap benda-benda yang takleh (benda haram, maksiat) buat tu kalo masa bulan lain boleh buat ke? So, ko cakap puasa tuh menyusahkan so...benda lain dalam rukun islam macam sembahyang tuh menyusahkan? Eh...ko ni dah sesat ni, murtad ni!"

Suasana bertukar menjadi diam. Ackward silence. Semua yang lain hanya diam menikmati makanan masing-masing.

Perbincangan tadi mati secara tergantung di meja makan restoran itu...

Aku dapat rasakan pahit dan kelat dihujung lidah kerana kenyataan ku itu. Bukan kerana aku telah ditembak hidup-hidup dengan kejam sekali, cuma kerana kebodohan aku di dalam mempersembahkan hujah aku.

Aku dapat rasakan semua yang di situ, mula memandang aku dengan mata dan hati yang berlainan dari sebelumnya.

Apa yang aku mampu hanyalah untuk menebalkan muka sambil melemparkan senyuman plastik.

Tanpa aku sedari mereka mula memakai jubah dan wig kehakiman masing-masing dan perbicaraan aku telah pun bermula...

Selepas menikmati hari-hari hujung minggu yang menggembirakan, seperti biasa aku hadir ke ofis.

Hari ku bermula seperti biasa, tiada sebarang kelainan yang dirasakan. Sehinggalah aku dipanggil ke satu meeting kecil.

Mulanya aku ingatkan bahawa meeting ada berkaitan dengan kerja, tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rupanya cerita hari tu, tak habis lagi...

Jika ada masih ingin berbincang mengenainya, aku terima dengan tangan terbuka. Pada aku ini ialah peluang kedua aku untuk menerangkan dengan lebih jelas apa yang aku maksudkan tempoh hari. Lagi pun hasil daripada perbincangan ini pasti ada yang boleh dipelajari. Jika tidak banyak sedikit pun cukuplah. Aku anggapnya seperti sebuah majlis ilmu.

Tak ramai ahli majlis ini, cuma aku dan tiga lagi rakan dari tempoh hari.

Masing membentang hujah mereka. Melahirkan rasa terkejut dan kecewanya mereka pada pandangan aku. Aku mendengar dan terima pandangan mereka dengan tenang, kerana pada aku kalau kita nak orang dengar cakap kita, kita perlu mendengar dan terima cakap mereka dulu.

Setelah mereka semua selesai, aku cuba menjernihkan kekeruhan dek kerana kesilapan kata-kata aku. Dengan tenang aku mula menyusunkan kata-kata agar sejajar dengan apa yang terdapat di dalam kotak pemikiran dan hati aku. Aku cuba membentangkan semula point-point aku. Aku cuba jelaskan gambaran besar pandangan aku pada mereka.

Namun, jelas aku kurang bersedia. Sekali lagi kata-kata yang terkeluar, kedengaran sumbang pada telinga aku dan semua yang hadir di situ. Aku terus mencuba, kerana aku rasakan keadaannya masih belum panas.

Dan sekali lagi aku dibedil bertalu-talu. Otakku yang berkarat ni, terpaksa berkerja keras menepis serangan demi serangan. Aku cuba menjelaskan gambaran besar pandangan aku. Namun, baris ayat yang menjadi sebahagian kecil daripada point aku dahulu, di besar-besarkan, dijadikan alat utama untuk memerangkap dan menjatuhkan aku.

Aku rasakan diri ini bagaikan artis atau ahli politik yang terpaksa mempertahankan dirinya kerana kata-katanya telah dikeluarkan dari konteks, diputar-belit dan diperbesarkan-besarkan oleh wartawan.

Aku tersepit....

Aku akui aku memang tidak pandai berdebat. Malah untuk membuat lawak spontan pun aku aku pasti akan gagal dengan teruk acapkali mencuba. Dulu kalau gaduh dengan girlfriend pun aku pasti akan memberikan diri masa yang lama untuk mengatur dan mengurus hujah-hujah pembelaan atau tuduhan. Otakku tidak cukup pantas untuk menyusun maklumat penting dan bernas apatah lagi jika tiada ketenangan dan di tindih dengan tekanan dan intimidation. Pasti saja kata-kata yang kurang meyakinkan akan terlontar dari mulutku ini.

Nilah sebabnya aku menjadi seorang penulis, bukan seorang ahli politik, jurujual atau pakar motivasi. Aku perlukan ruang untuk mengolah buah fikiran yang terbuku di dalam hard disk karat ku.

Bersambung...

Monday, September 15, 2008

Muse


Dah lama tak update. So, here's a new one from me.